INFO PRODUK

Apakah rahsia produk Rahimom?

1(2).png

MYCELIUM CORDYCEPS SINENSIS

Cordyceps sinensis adalah sejenis cendawan yang digunakan untuk tujuan perubatan sejak dari zaman kuno lagi dan ianya berharga tinggi (Hingga RM200,000/kg). Cordyceps sinensis ini jarang ditemui dan lokasi tanamannya adalah di kawasan tanah tinggi. Kesukarannya untuk dituai dan dibawa ke pasar menyebabkan harganya mahal. Cordyceps sinensis sering digunakan dalam perubatan untuk merawat gangguan buah pinggang. Selain itu, ia juga digunakan dalam pelbagai rawatan masalah kesihatan lain termasuk merawat masalah hati dan sebagainya. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan prestasi atletik.

2(2).png

FRUCTUS EVODIA ULMOIDES 

Buah Evodia merupakan sejenis buah yang lazim digunakan dalam perubatan tradisional. Buah dan kulit akar kayunya dijadikan ramuan bagi pengamal rawatan herba.

 

Buah evodia juga digunakan untuk merawat beberapa masalah lain termasuk masalah sakit kepala serta masalah pencernaan seperti cirit-birit dan muntah-muntah.

3(1).png

CORTEX EUCOMMIA ULMOIDES

Eucommia merupakan sejenis tumbuhan herba yang telah digunakan berabad lamanya dalam ramuan perubatan tradisional. Ia adalah tumbuhan dari spesis pokok getah yang mampu meningkat kecergasan sehingga dipercayai boleh memanjangkan jangka hayat seseorang. Pengambilannya sebagai makanan tambahan secara tradisional boleh menyokong kelancaran sistem endokrin, meningkatkan kesihatan buah pinggang serta menguatkan tulang dan otot. Selain itu, penggunaannya juga dikatakan dapat menurunkan berat badan, mencegah osteoporosis, antipenuaan dan meningkatkan kesihatan jantung.

4(1).png

SCLEROTIUM PORIA COCOS

Ia adalah sejenis kulat iaitu cendawan poria. Bahagian filamennya tersimpan sumber ramuan berkhasiat yang boleh digunakan dalam perubatan.

 

Menurut perubatan tradisional, ramuan dari filamen cendawan poria boleh digunakan untuk merawat masalah amnesia (hilang ingatan), keresahan, anxiety, kemurungan, pening kepala, masalah buang air kecil, pengekalan cecair, masalah tidur malam (insomnia), limpa bengkak, masalah perut, cirit-birit, tumor dan batuk.

5(1).png

RHIZOMA ATRACTYLODES MACROCEPHALA

Atractylodes adalah sejenis tumbuhan, di mana akarnya digunakan untuk rujuan perubatan. Ia digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan termasuk obesiti, gangguan pencernaan, sakit perut seperti kembung dan cirit-birit, hilang selera makan, masalah berpeluh, rabun malam, masalah penurunan berat badan (akibat barah), alergik akibat hama, dan sakit sendi (rematik). Selain daripada itu Atractylodes juga digunakan untuk merawat kesejukan, selsema dan demam. Terdapat juga pengamal perubatan tradisional mencampurkan Atractylodes bersama ramuan lain untuk merawat penyakit lain seperti rawatan barah paru-paru, penyakit akibat komplikasi dialisis. Penggunaan Atractylodes juga dikatakan salah satu alternatif kaedah mekanikal untuk membersihkan darah akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

6.png

RHIZOMA ALPINIAE OFFICINARUM

Rizom Alpinia Officinarum telah digunakan secara kon‐ vensional untuk rawatan pelbagai penyakit. Oleh kerana keberkesanannya, ia telah mencetuskan minat para saintis untuk terus mengkaji tumbuhan etnomedik ini. Alpinia Officinarum seringkali digunakan dalam ramuan mengu‐ bati sakit perut. Ia bertindak memanaskan pusat tenaga dan memberikan rasa sejuk yang boleh mengurangkan rasa sakit. Selain daripada itu, tindakan memanaskan pusat tenaga ini mampu menahan rasa untuk muntah.

7.png

RADIX ASTRAGALUS MEMBRANACEUS

Astragalus adalah sejenis tumbuhan herba. Akarnya digunakan untuk membuat ubat-ubatan. Ramuannya digunakan untuk membuat ubat demam, kencing manis (diabetes), sakit buah pinggang dan pelbagai penyakit lain. Astragalus terdiri darilada beberapa spesis. Terdapat juga spesis yang mengandungi toksin saraf dan boleh membawa kepada keracunan kepada ternakan. Di antara spesis tumbuhan herba ini termasuklah spesis astragalus lentiginosus, astragalus mollissimus dan sebagainya. Spesis ini tidak pernah digunakan oleh manusia untuk tujuan makanan mahupun perubatan. Sebaliknya, Astragalus membranaceus adalah spesis yang biasa digunakan dan ditambah dalam ramuan makanan tambahan oleh manusia.

8.png

RADIX GLYCYRRHIZA URALENSIS

Akar Liquorice atau 'radix glycyrrhizae' adalah salah satu ramuan utama yang ada digunakan dalam perubatan tradisional. Secara tradisionalnya, ia berfungsi untuk mengharmonikan campuran herba-herba lain dalam sesuatu ramuan serta dapat mengurangkan kesan buruk dari ramuan-ramuan lain yang digunakan. Biasanya Akar Liquorice akan dikumpulkan pada musim bunga dan musim gugur. Ia akan dikeringkan di bawah sinaran matahari. Akar Liquorice mengandungi glycyrrhizin di mana ia boleh mempengaruhi tekanan darah seseorang, kadar kalium darah seseorang atau mempunyai kesan yang tidak diingini semasa kehamilan.

RADIX ANGELICA SINESIS

9.png

Radix Angelica Sinesis telah digunakan dalam ubat tradisional sejak 20 abad yang lalu. Ia digunakan sebagai tonik untuk bahagian pembiakan wanita, menstabilkan semula kitaran haid dan juga sebagai ubat untuk amenorrhea (tidak datang bulan). Angelica Sinesis dianggap sebagai tonik untuk wanita yang sering mengalami keletihan dan kurang bertenaga. Preskripsi tradisional menunjukkan bahawa Radix Angelica Sinesis berfungsi untuk pelarasan darah khususnya membaiki keadaan di mana pembekuan darah yang ketara pada darah haid, endometriosis, fenomena keadaan darah haid yang berwarna gelap serta pengaliran darah haid yang perlahan. Selain daripada itu, dalam usaha mencegah kemandulan akibat oleh saluran tiub yang sempit, ekstrak Radix Angelica Sinesis ada digunakan dalam rawatan khusus yang disalurkan melalui peralatan yang dinamakan ‘vaginal irrigation’ dan gunakan selama 9 bulan.

FRUCTOS ZIZIPHUS JUJUBE

10.png

Dalam perubatan, Ziziphus Jujube mempunyai terlalu banyak kegunaannya. Sebagai contoh, Ziziphus Jujube digunakan untuk meningkatan kekuatan dan berat badan. Ia dapat mencegah penyakit hati, jangkitan pundi kencing dan ulser peptik. Ia juga berperanan sebagai ubat penenang. Bukan itu sahaja, Zizyphus Jujube juga digunakan untuk mengurangkan masalah sembelit dan masalah pencernaan lain termasuk cirit-birit. Ia juga mampu mengurangkan simptom atau gejala yang berlaku daripada pengambilan ubat-ubat yang tertentu. Selain daripada itu, Zizyphus Jujube juga mampu mengatasi pelbagai masalah penyakit berkaitan kulit termasuk kulit kering dan gatal, ruam merah, luka dan ulser. Lain-lain fungsi Zizyphus Jujube dalam perubatan termasuklah mengatasi masalah peredaran darah seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan anemia. Kegunaannya yang lain adalah untuk rawatan penyakit diabetis, keletihan, histeria, kegelisahan, insomnia, sawan, demam, obesiti, kanser, radang, asma, masalah paru-paru dan penyakit mata. Bagi bayi yang baru lahir pula, ia digunakan untuk merawat jaundis (penyakit kuning).

PAKEJ PERCUBAAN

Pakej percubaan adalah untuk mummy yang ingin mencuba kesan Rahimom untuk kali pertama. Mummy boleh mendapatkan 1 kotak Rahimom untuk percubaan dulu!

1 KOTAK - RM675

PAKEJ PEMULIHAN ASAS

Pakej Pemulihan Asas adalah pakej kami yang paling terkenal! Ramai mummy yang mendapatkan pakej ini ingin memulihkan dan membersihkan rahim mereka.

2 KOTAK - RM1,350

PAKEJ PEMULIHAN PENUH

Pakej Pemulihan Penuh adalah pakej untuk mummy yang nak pastikan rahim mereka dipulihkan dan dibersihkan dengan sepenuhnya. 

4 KOTAK - RM2,700