ASAL USUL RAHIMOM

  Rahimom, tidak akan menjadi kenyataan, tanpa hati baik pengasasnya, Puan Rahimah, pada tahun 1700-an, yang telah menjadikan misi hidupnya untuk menjaga kesihatan dan kebahagiaan ibu-ibu selepas bersalin. Beliau telah membuat demikian dengan produk beliau yang dapat membantu seorang ibu memulihkan badan ibu. Pada mulanya, Puan Rahimah hanya menggunakan resipi ini untuk membantu ibu-ibu selepas bersalin di kampungnya.

  Puan Rahimah telah mempelajari membuat resipi beliau dari pengalaman hidupnya. Beliau telah berdepan pelbagai ramuan premium yang digunakan sebagai perubatan ketika beliau dibawa untuk bekerja di Tibet dulu. Setelah balik, Puan Rahimah hanya mampu membantu ibu-ibu di kampungnya pada masa tersebut. Walaubagaimanapun, oleh sebab kesukaran mendapatkan ramuan untuk produk beliau, ada juga ibu-ibu di kampungnya yang tidak mampu mendapatkan produknya sebab Puan Rahimah tidak dapat mencari ramuan yang diperlukan. Pada hujungnya, Puan Rahimah tidak dapat mencapai hasratnya untuk membantu wanita-wanita di luar kawasan kampungnya tersebut apabila beliau meninggal ketika berusia 82 tahun. 

 

Anak-anak Puan Rahimah telah menyambung menghasilkan resipi Puan Rahimah itu, tetapi tidak dapat membuatnya dengan banyak kerana terhad dengan ramuan yang sukar didapati.

Resipi ini berterusan di kawasan kampung Puan Rahimah dulu, sehinggalah ke  tahun 1990-an. Pada masa itu, produk Puan Rahimah ini telah mula menyebar ke orang luar kawasan kampungnya. Pada tahun 2009, produk Puan Rahimah telah cuba dipasarkan secara luasan. Namun, oleh sebab kekurangan ilmu teknologi dan pengetahuan pemasaran, produk ini tidak berjaya dilancarkan dengan baik.

Pada tahun 2013, produk ini dihentikan dari pasaran. Kemudiannya, produk ini mendapati sambutan daripada usahawan pasaran Cina yang ingin membeli resipi produk ini untuk dipasarkan ke pasaran Cina. Dengan mengingatkan impian Puan Rahimah untuk menolong lebih ramai ibu selepas bersalin, resipi Rahimom telah dijual untuk dipasarkan di pasaran Cina pada tahun 2015.

Sejak dilancarkan hingga ke hari ini, produk Rahimom telah dan terus mendapat sambutan yang luar biasa di pasaran Cina. Semua pengguna produk ini selalu memberi pandangan positif terhadap penggunaan produk Puan Rahimah ini. Dengan itu, terbuktinya bahawa produk Puan Rahimah ini memang diingini oleh orang ramai untuk menolong ibu-ibu dalam pemulihan selepas bersalin, dan masalahnya bukannya produk, tapi cara pemasaran yang dilalukan sebelum ini ynag menyebabkan kegagalan di pasaran. Penjual dari keluarga Puan Rahimah pun berfikir ingin membawa kembali resipi ini untuk menolong semua golongan masyarakat.

  Pada tahun 2020, produk Puan Rahimah ini pun diberikan nama "RAHIMOM" dan telah mendapatkan pengikhtirafan Halal dan juga kelulusan KKM sebagai produk kesihatan yang selamat. Rahimom pun telah dilancarkan ke pasaran pada tahun 2020 itu. Rahimom terus mendapat sambutan yang mengalakkan untuk produk ini, dan ibu-ibu yang menggunakannya hanya  selalu menpunyai perkara baik untuk berkongsi menganai produk tersebut.